Friday, September 13, 2013

Tafsir Al-Quran Al-Munir

Kitab Tafsir Al-Munir: Satu Tinjauan

Pemilihan kitab-kitab taksiran mungkin menjadi isu bagi sebahagian daripada orang Islam. Ini kerana ada banyak kitab-kitab terjemahan dan taksiran di pasaran yang sukar bagi orang Islam memilih yang benar-benar dapat membantu mereka.

Bertolak dari situ, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) dan Intel Multimedia and Publication (iMAP) telah bekerjasama bagi melakukan penterjemahan Kitab Taksir al-Munir bagi membolehkan umat Islam mendapat kefahaman yang lebih baik mengenai pentafsiran al-Quran.

Kitab Tafsir al-Munir adalah sebuah kitab yang berharga dalam bidang tafsir al-Quran. Tafsir al-Munir ini sesuai digunakan di masjid-masjid, sebagai bahan bacaan di sekolah dan di universiti.

Tafsiran ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia mengadunkan pandangan klasik dan moden dengan menggunakan bahasa yang sederhana dan tidak susah. Ia sebuah kitab yang sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Prof. Dr.Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, pengarang Tafsir al-Munir adalah seorang ulama, akademis dan tokoh ilmuan terkenal. Beliau berasal dari Damsyik, Syria. Dr.Wahbah telah menulis banyak kitab yang menjadi rujukan. Antara yang paling utama ialah al-Fiqh al-Islami (11 jilid), al-Fiqh al-Islami wa Adilatulu dan lain-lain.

Terjemahan Tafsir al-Munir ini telah diusahakan oleh sekumpulan para pensyarah universiti tempatan Malaysia yang berkalibar. Penterjemahan ini dapat membantu para pembaca mendekati makna dan kandungan ayat al-Quran dengan lebih mendalam.

Kepentingan al-Quran Dalam Kehidupan Kita

Kepentingan al-Quran dapat dilihat dari surah berikut:

"Al-Quran ini sebuah Kitab yang Kami turunkan kepada mu. Kitab yang penuh berkat, untuk mereka (umat mu) memahami kandungan ayat-ayatnya dengan teliti dan agar orang-orang yang berakal mengambil pengiktirafan daripadanya" (Shad, 38:29).

Al-Quran adalah rujukan bagi memandu kehidupan manusia yang menghadapi pelbagai krisis dan kejahatan. Golongan manusia dan jin diperintahkan membaca dan memahami al-Quran serta perintahnya. Perkara ini disebut oleh Allah dalam firmannya:

"Kenapa mereka enggan mengulangkaji (makna) al-Quran." (al-Nisa', 4:82)

"Kenapa mereka enggan mengulangkaji (makna) al-Quran, atau adakah kerana hati mereka sudah terkunci (untuk memahaminya)" (Muhammad, 47: 24)

Patuhi al-Quran

Al-Quran diturunkan untuk dipatuhi. Firman Allah:

"Dan ini sebuah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang penuh berkat (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu patuhi ajarannya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat." (al-An'am, 6:155)


JUZ 30: JUZ 'AMMA